Monday, June 29, 2009

TANGKAPAN DARI DIN SG JAM 3 PAGI



Aku menerima panggilan telefon dari DIN SG tika jam 3 pagi. Kebiasaan panggilan jam begini adalah berita mengenai kematian. Rupa nya meleset sama sekali kerana dalam terjaga nya tidor ku DIN SG hanya menyebut rekod 2.5 kg telah di pecah. Sudah pasti lah berita akan di sangkal oleh TK DID tapi hakikat sebenar, rekod nya telah di pecahkan......Tahniah Tahniah..............

Thursday, June 25, 2009

UMPAN YANG PERNAH MENGENA


TONG IKAN HARUAN


Tong ini di perbuat dari tong minyak, Ia di letakkan di belakang motor dan di ikat. Dulu gang mengelau menggunakan raga batang. Sekarang di zaman moden, tong minyak telah di ambil alih menjadi sebahagian peralatan gewang untuk menyimpan ikan.

REEL KEGEMARAN KU


Bagi gang caster boleh lah dapatkan sebuah reel yang baik. Besar, Teguh n Peramah. Daiwa Certate. Tentu puas bila tangkapan di buat.

FAVOURITE PLACE FOR CASTING


Tempat ini terletak di Kuala Gula di tepi laut. Ikan Haruan di sini adalah manis isi nya. Tangkapan di sini agak besar besar. Rekod paling besar di pegang oleh Fahmi bin Saiful. 2.8kg. TK DID adalah merupakan seorang caster yang banyak mendapat ikan di sini.

TANGAN ABAH KU TERSELIUH





Teringat di suatu masa sedang abahku membasuh lantai rumah kak yang, dia terjatuh dan tangan nya terseliuh. Setelah berubat merata di dapati bahawa tangan nya retak dan memerlukan pembedahan. Pembedahan di lakukan di Apollo Medical Centre, Taiping. Namun setelah pembedahan di lakukan abah ku masih terasa sakit. Maka berubat lah secara tradisional di Luat. Namun abahku semakin sakit bila di picit oleh orang yang mengurut. Aku sempat merakam kenangan ini... Semoga tangan abah akan terus pulih seperti sediakala.

Monday, June 22, 2009

EEPAH DAH RECOVER

Hari ini eepah dah recover, alhamdulillah setakat ini tinggi nya bertambah 3 in. Hari ni juga dia makan lauk sedap dan menikmati makanan yang lain. Beliau juga di beri makan lauk ikan haruan. Ramai yang menziarahi beliau, Tuan Haji Mohd Noor dan keluarga, Ayah Mat ( Ahmad Nahar bin Md Yatim ) dan rakan rakan FELCRA yang juga datang bersama. Insya allah eepah akan discharge pada besok jam 9 pagi bersamaan hari rabu untuk balik ke Gunung Semanggol. Tq for all doctors and nurses here.

Friday, June 19, 2009

EEPAH 2ND DAY


Hari ni ramai sanak saudara yang menziarahi eepah. Yong n Bang Harun telah datang dari semalam. Lee Maniam dan Cilik juga datang. Nyah n Kak Sidah, Bang Latif dari Alor Setag, Mukmin n Ani juga datang pada hari ini. Semua nya mendoakan eepah sihat. Terima kasih juga kepada pelajar asrama SABAR yang telah membaca yassin dan solat hajat untuk eepah. Bagi ekin, nadya, yani, eishah dan amira terima kasih juga yang memberi semangat kepada eepah.

EEPAH 2ND DAY


Pada pagi ni jam 10.oo pagi eepah telah di bawa keluar dari ICU dan terus ke WAD 305. Sewaktu sedar beliau telah boleh communicate dengan bahasa isyarat. Tangan dan kakinya telah boleh bergerak. Alhamdulillah semua nya ok. Terima kasih kepada semua team Dr. Loke yang telah memberikan keyakinan dan semangat atas rawatan ini. Thanks to all nurses at 3rd n 4th Floor Lam Wa Ee of their good hospitallity.

EEPAH SELEPAS OPERATE

Selepas pembedahan eepah masih belum sedar kerana bius yang ada masih belum pulih. Keadaan muka eepah yang bengkak mungkin di sebabkan air yang masuk banyak di dalam badan tambahan pula banyak kehilangan darah. Apa pun syukur kepada allah s.w.t kerana eepah telah selamat menjalani pembedahan.

EEPAH


Suasana cemas di luar bilik bedah bertukar menjadi lega bila di maklumkan bahawa eepah telah selamat menjalani pembedahan jam 6 petang. Bagaimanapun beliau akan di tempatkan di ICU sehingga pulih dari bius. Ia mengambil masa kira kira sejam sebelum beliau pulih. Alhamdulillah semoga selamat semua nya.

Thursday, June 18, 2009


Sejurus eepah di masukkan ke dewan bedah aku semakin sebak dan tidak tahan air mata mengalir di pipiku. Agak sukar manusia seperti aku untu mengalirkan air mata. Tetapi dalam keadaan ini aku tidak dapat menahan perasaan ku sebagai seorang bapa. Inilah amanah dan tanggung jawab yang harus ku pikul. Aku redha dengan keadaan ini dan mungkin juga ini adalah ujian serta dugaan dari allah s.w.t. Aku tetap mendoakan anak aku semoga selamat nya. Sewaktu blog ini di tulis aku berada di luar bilik pembedahan. Aku besyukur kepada allah s.w.t kerana ada kawan kawan yang masih mendoakan, membantu dan memberikan semangat untuk terus berada dalam keadaan ini. Alhamdulillah......semoga eepah selamat semuanya, syg dr abah.....amin

ANAK KU DI HOSPITAL


Pada hari ini Jumaat merupakan penghulu segala hari. Ia adalah hari yang paling barakah bila sesuatu perkara kita lakukan dengan niat yang baik. Aku menerima hari ini dengan penuh tawadduk dan hanya berserah kepada takdir allah s.w.t akan keadaan anak aku yang akan menjalani pembedahan tulang belakang. Keadaan eepah agak stabil sebelum di masukkan ke bilik bedah. Suntikan dari doktor telah di buat. Selepas itu ia di bawa ke bilik pembedahan.

EEPAH ADMIT


Eeepah di tempatkan di wad 305, Lam Wa Ee

Wednesday, June 17, 2009

MENANTI EEPAH DI HOSPITAL




Semua keluarga sedang menanti eepah untuk di masukkan dalam wad. Selepas berjumpa doktor Lok. Kita doakan eepah selamat menjalani pembedahan. amiiin.

EEPAH ADMIT HOSPITAL


Anak ku yang pertama telah di sahkan mengidap penyakit siorosis. Setelah di buat pemeriksaan, doktor telah mencadangkan agar di buat pembedahan. Hari ini beliau di masukkan ke Hospital Lam Waa Ee, Pulau Pinang. Beliau di jangka menjalani pembedahan besok.

TERNAKAN KU



Aku membela nya sebanyak 200 ekor. Setiap kali ku panggil nama nya pap pap ia akan bising sebagai tanda nak makan. Sebanyak 150 butir telor dapat di hasilkan setiap pagi. Bagi mereka yang berminat boleh menjadikan projek ternakan ini sebagai hasil sampingan. Makan kuat dan tak boleh tahan. Dedak sebag RM 75.00 hanya setakat 2 hari saja. Kalau nak jimat kena adakan makanan tambahan seperti beras hancur dan sagu rumbia.

Sunday, June 14, 2009

RIWAYAT HIDUP KU

Aku di lahirkan pada 21hb Mac, 1962, bertempat di Gunung Semanggol, Perak Darul Ridzuan. Zodiak Aries ikut horosscope. Nama ibuku yang aku tidak puas memanggilnya emak Salha bte Darus. Ataupun setengah kenalan yang rapat memanggilnya Che Yang. Emak ku mendapat pendidikan Arab. Di ceritakan juga beliau adalah seorang yang pandai mengaji. Ikut Pak Teh, suaranya sedap. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 14hb September, 1965. Umur ku pada masa itu baru lah 4 tahun. Tokwan bernama Darus ataupun orang Panchor panggil Tok Wan Borhan. Nama tok Selamah bte Yahaya. Pada masa emak aku meninggal, aku masih ingat ramai orang yang datang ke rumah aku. Arwah Nenek ku, mendukung aku dan menunjukkan mayat mak yang sedang di mandikan atas batang pisang. Ramai orang memegang ku. Semasa keranda di bawa ke liang lahad, aku dengan abang Malik tunduk memusing bawah keranda. Kononya untuk melupakan mak ikut petua orang tua tua. Amat susah untuk aku buat flash back bagi mengingati mak. Al maklum dalam umur 4 tahun agak sukar memori ini untuk recall. Antara yang masih ku ingat adalah emak dan abah aku tinggal di rumah sekolah, Gunung Semanggol. Masa tu quarters guru. Al Fatihah untuk emak aku yang tersayang. Bapa ku bernama Abd Rahman Nazri bin Hj Abd Latiff. Beliau seorang guru dan mengajar di Gunung Semanggol. Ikut cerita arwah tok, bapaku melihat mak aku semasa dia pergi ke sekolah. Sekolah lama di Gunung Semanggol, sebelah rumah pa koyan. Itulah putiknya mereka berkenan dan menikah. Bapa aku berasal dari Changkat Jering. Nama tokwan orang panggil Hj Latiff. Nick name Tok Ayah. Kenangan yang paling manis ialah di antara adik beradik aku masih menyimpan surat cinta ayah hasil penyelongkaran almari lama arwah mak aku. Adik beradik ku hanya tiga orang sahaja: Mereka adalah abang, Abd Malik dan adik Abd Mukmin. Ada orang kata macam filem tiga Abdul. Setelah emak ku meninggal aku di besarkan oleh nenek ku, Hjh. Kamariah bte Mat, Tok aku, Selamah bte Yahaya dan mak saudara, Siti Fatimah bte Mokhtar atau nama glamour SM Fatiza yang sekarang tinggal di Sg. Acheh.

1968

Bermula alam pendidikan sekolah ku adalah pada tahun 1968 bersekolah atas bukit. Nama sekolah SKGS. Pada masa tu tak de tadika, jadi aku telah di beri peluang belajar pada peringkat umur 6 tahun masuk darjah satu. Guru ku adalah Cik Gu Non, ataupun relatifnya Pak Cik Non, ataupun Dato Zainal Abidin Zin la ni bekas Timbalan Menteri Pertahanan. Darjah satu pada masa itu amat menakutkan aku dalam memulakan alam pengajian. Rakan rakan ku pada masa itu yang masih ingat adalah, Wahab Pak Cik Tat, Zaini Cha,Lah Pak Choh, Dib Leman, Tinn, Pak Don ( Shahidun ), Aziz Jab, Aziz Haron, Pin Kurnain, Razak Burma, Koroi dll. Aku cukup takut pergi sekolah kerana cik gu pada masa tu semua nya garang garang. Aku masih ingat papan hitam kechil yang di bawa bersama ke sekolah. Arwah Tok setiap hari menghantar aku ke sekolah dan terpaksa menunggu di tepi kelas selama beberapa minggu sementara aku dapat membiasakan diri. Kalau Tok balik maka aku pun teriak laaa. Apa lagi. Tahun ini memberikan aku banyak pengalaman baru bagi ku. Beberapa peristiwa yang masih segar dalam ingatan adalah pada satu hari dalam kelas, cik gu non rampas pit pit yang di beli kedai pak man. Aku masih ingat dengan lah pak choh. Kantin Pak Man memang popular pada masa tu dengan ais kepal gerenti sedap punya. Air gula merah dan air gula sirap hisap sampai habis. Balik sekolah kami singgah kedai Mat Tain minum air paip pun jadi. ( Masa ini air paip belum ada ) Kadang kadang pakcik ku ambil aku balik ke Changkat Jering, jumpa pah dan tok ayah serta pak su dan yong. Itupun curi curi kerana tok aku tak bagi pergi. Tok kata mak tiri garang nanti dok dengan depa dia bagi lauk katak puru goreng. Ini bukan apa, ia adalah kerana tok aku terlampau sayangkan aku. Setiap hari ke sekolah, aku membawa bekal nasi, yang syok makan di bawah rimbunan pokok bunga kertas berbentuk gua pada masa itu. Kadang kadang main gelongsor longkang simen sekolah bawah pokok rambutan tempat Cik Gu Non bercerita. Hari Jumaat Cik Gu Samsuddin (TR) akan bawa rotan supaya menyuruh budak budak sembahyang jumaat di masjid. Sekolah pada masa ni menarik kerana murid murid kena bawa pundi pundi. Ada biji saga, biji getah, batu, guli, dan biji asam. Kepada mereka yang tak bawa maka atas bangku lah jawapanya. Lagu yang menyedihkan aku pada masa ini adalah ratapan anak tiri dan ayahku kahwin lagi. Ia memberi igauan kpd aku setiap kali apabila radio mendendangkan nya. Pada masa ini ayah ku telah berkahwin dengan mak baru ku yang nama nya ia lah Azizah bte Yahaya. Hasil dari perkahwinan itu mendapat empat orang adik aku. Mereka adalah Hanan, Nasir, Hadi dan Suraya Hani. Aku jarang berkunjung ke rumah ayah ku kerana jauh dari rumah pada masa itu. Tetapi saat yang paling mengembirakan aku pada masa itu adalah ketika ayah ku datang berkunjung di mana kebiasaan dia akan membawa buah epal atau buah lai. Apabila tiba hari raya ayah ku akan membawa kami tiga beradik membeli baju raya di Taiping atau Bukit Mertajam. Ini lah saat yang seronok dapat pakai baju raya. Kadang kadang musim cuti sekolah, Tok akan bawa ke Panchur untuk melihat kebun nyior. Masa ni naik bas dari Semanggol – Taiping – Pantai Remis via Batu Hampar. Bas the blue omnimbus. Pernah sekali, abang Malik di gigit tebuan sewaktu dalam bas. Nasib baik perjalanan bas berhenti di batu Hampar, beli minyak angin di kedai runcit. Turun di Sungai Che Amat ikut rumah long saadiah tepi balairaya. Jalan kaki jauh ikut paya air masin melaui kebun nyior. Kadang kadang terjumpa ketam batu bermain dalam lopak. Tok kadang kadang membuka kasut mengharung lecah. Nampak Rumah Tok Su Musa bermakna sudah sampai lah destinasi yang di tuju kerana kebun tok tinggal berdekatan. Barang di letak dekat dangau. Makan tok masak. Kadang pinggan tak de, makan dalam tempurung tapi sedap, kerana lauk semua ikan fresh. Malam tidor di rumah Tok Su Musa kerana bahaya dalam hutan. Kadang kadang pergi ke pekan Panchur makan mee rebus bapa saudara nama nya Pak Cik Rodi. Adik mak tapi mak lain satu bapa. Pak Lang Karia rajin bawa pi sana. Di dusun ini lah tok aku akan menjalankan hasil kelapa untuk di jual kepada cina pantai remis nama kim swee. Pada masa Tok aku sampai biasa nya kebun ini semak penuh dengan lalang dan anak kayu. Tok aku menjalankan aktiviti permulaan nya dengan menebas anak kayu. Kadang kadang masa menebas tok aku terkena sengat tebuan yang bersarang di dalam semak. Aku pula di tinggalkan dalam pondok untuk aktiviti bebas. Kadang kadang aktiviti bebas ni cukup membosankan aku. Kalau rajin aku akan mencari buah nan nam untuk di makan. Kadangkala terjumpa buah nipah yang airnya cukup sedap. Pada masa ini aku masih hairan dengan pujian tok aku mengenai seorang pengait kelapa namanya najat. Najat biasanya akan mengait kelapa dengan menghubung galah buluh yang begitu panjang hingga sayup mataku memandang. Malahan yang lebih menyeronokkan ialah ketika mengupas kelapa, aku berpeluang menikmati kumbul kelapa yang banyak serta air kelapa untuk di minum. Segala kelapa tumbuh akan di himpun dan tok aku menyagatnya untuk di ambil santan serta di masak untuk di buat minyak. Memang sedap minyak kelapa tanak. Baunya mengharumkan. Senja di panchur amat menyiksakan kerana sepi. Tok aku akan membawa aku tidor di rumah tok su. Nyamuk cukup banyak dan agas. Bekalan elektrik masih tiada di perolehi. Peristiwa yang menarik pada masa ini yang kuat di ingatan adalah ketika tok su musa memasang gasoline. Ini jarang di nikmati oleh anak muda sekarang kerana ia punya teknik yang tersendiri. Malam di sini di hiburkan dengan bunyi cengkerik. Darjah satu di SKGS memang memberi cabaran kepada aku. Aku terpaksa bersaing dengan kawan kawanku yang 1 tahun lebih tua. Markah aku dalam peperiksaan tidak di kira kerana belum cukup umur. Ini amat mengecewakan aku kerana tidak dapat lapuran kemajuan. Kadang kadang pergi sekolah aku di hantar oleh Pak Su Ajid naik basikal Raleigh nya. Bila sampai sekolah kadang cik gu tanya kenapa lewat? Aku pun jawab kerana pak su bangun lambat. Ini lah alasan nya. Waktu perbarisan seringkali aku di belakang. Namun pendidikan awal sebegini memberi semangat untuk aku mengenal ABC. Sekiranya aku mendapat markah yang baik’ papan hitam kecil ku tidak ku padam’ supaya sepanjang jalan dapat ku tunjuk aku mendapat markah yang baik dalam kerja ku. Dalam menentukan untuk naik darjah satu aku lebih suka belajar di sekolah inggeris. Ini memang menjadi impian aku untuk belajar jauh pada kampong.

1969

Tahun ini merupakan tahun pertama ku secara rasmi naik ke darjah satu di Sek Rendah King Edward VII Taiping. Pengalaman baru bagi ku adalah ia sebuah sekolah inggeris yang terletak jauh dari rumah ku ia itu kira kira 30km dari rumah ku. Kebiasaan pagi aku kena bangun awal kerana naik bas untuk berulang ke sekolah. Arwah tok aku akan memandikan aku dengan air suam selepas di jerang kira kira azan pertama subuh oleh tok lang zin. Kekadang aku mengosok gigi menggunakan arang dapur kerana colgate tidak ada.Dulu semanggol ada dua azan, ia itu azan pertama dan kedua. Ini lah kelebihan Arwah tok lang zin pada masa itu. Aku di tempatkan di darjah 1 C. Guru ku nama nya adalah Puan Kamariah bte Abdullah. Pertama kali aku bercampur dengan budak budak dari pelbagai bangsa yang datang dari persekitaran Taiping. Pada peringkat ini aku telah boleh membaca kerana pembelajaran di SRK Gunung Semanggol. Aku di tugaskan untuk memberi buku kepada murid murid yang telah di semak oleh Cik Gu Kamariah. Pada masa rehat aku di beri tugas oleh cikgu kamariah membeli teh di kantin sekolah. Ini lah tugas berat yang aku pikul kerana terpaksa menatang teh dari kantin ke kelas aku. Kadang kadang aku di rempuh oleh budak budak darjah lima dan enam yang turun dari tingkat atas untuk rehat. Bila teh tumpah aku terpaksa kembali semula ke kantin untuk mengambil lain. Uniform sekolah ku pada masa ini adalah seluar pendek kelabu baju putih dan kasut dan setokin hitam. Baju pada masa ini perlu di kanji dan di bubuh nila. Pada masa ini belum ada kain tetoron. Tahun ini juga merupakan tahun darurat pada 13hb Mei. Aku pernah di kenakan perintah berkurung dan akibat nya aku terpaksa duduk rumah. Sewaktu perintah berkurung ini aku lihat banyak kereta polis meronda di kawasan kampong ku. Masa untuk aku keluar membeli peralatan dapur agak terhad. Pada kebiasaan, tok dan nenek aku akan mengajar al-quran. Pada musim cuti sekolah, aku belajar mengaji pada sebelah pagi. Tok dan nenek aku garang. Kadang kadang gunting atau kacip adalah alat tambahan untuk menghukum aku ketika sebutan makraj yang tidak betul. Dengan berkat kegarangan tok aku, aku dapat khatam al quran di peringkat umur ku 9 tahun. Makanan kegemaran aku pada masa ini adalah lempiang bakar pisang, tempek nyior, apom lengat dan kueh ondeh ondeh yang tok aku memang pakar dalam membuat nya. Tetapi sekarang aku belum dapat kueh yang sesedap itu. Kadang kadang aku rajin membantu tok aku mengisar tepung untuk di buat kueh ondeh ondeh. Kalau best lagi dapat makan lempeng pisang cicah dengan sambal tomes ikan bilis mmmmph sedap hingga menjilat jari. Kebiasaan aku ke sekolah menaiki bas merah dari gunung semanggol ke taiping. Tambang bas pada masa tu adalah 25sen. Bas akan datang pada masa yang di tetapkan ia itu awal pagi. Bas yang menggelikan aku bila melihat adalah bas plat no AJ kerana pemandu nya akan ke hadapan dan tayar ke belakang. Kebiasaan bas akan berhenti di kpg matang pasir untuk mengambil maksu limah dan kemundian akan mengambil aku di hadapan rumah. Ketika menanti bas tok aku akan meneman aku kerana hari masih gelap. Nostalgia yang tidak boleh aku lupakan adalah burung tukang yang berbunyi ketika aku menunggu bas. Cuaca pagi amat menyejukkan oleh itu aku kekadang kena memakai baju tebal. Bayangkan lah memakai baju tebal berseluar pendek. Balik aku akan menaiki kereta cik gu ghazali chik ( Ayah Dr. Azmi, Dr Azlan dan Norazman ) dan cik gu yazid yang bergilir gilir mengambil kami sebelah tengahari nya.

1970

Aku di tempatkan di darjah 2A bersama pelajar pelajar lain yang pandai. Guru ku adalah Puan Kong Siew Kan. Berkuku panjang dan bercermin mata tebal serta bergincu. Sentiasa memakai skirt. Tidak banyak kenangan yang ku tempuh pada tahun ini. Cuma yang aku ingat pada masa rehat kami bermain gasing di bawah pohon sena di sekolah. Pada satu hari aku terjumpa sepupu ku yang kebetulan berada di darjah 6 di mana beliau telah memberi gasing merah kepada aku. Nama nya LOP yang telah pun mempunyai 6 org anak serta tinggal di KL. Puan Kong memang suka menampar orang dan dia mengajar muzik. Lagu yang selalu d suruh untuk d nyanyikan adalah Long Long Ago. Setiap kali waktu kelas muzik ada dua kawan saya yang akan bermain muzik.Long Long Ago. Setiap kali waktu kelas muzik ada dua kawan saya yang akan bermain muzik. Mereka adalah Saw Choo Beng dan Long Tan Hian. Sorang bermain biola dan sorang lagi bermain piano. Dalam tahun ini juga ada peristiwa di mana kawan ku Dr. azmi telah mengalami kemalangan di luar sekolah sementara menantikan kereta pulang. Beliau merebut kad dengan Azman ( Adiknya ) dan dalam suasana perebutan ini maka dia telah di langgari oleh penunggang basikal. Akibat nya beliau telah luka di kepala. Kami bersama sama mengunjugi beliau di hospital Taiping dan terpaksa balik lewat malam. Tiba di rumah dah malam dan ramai yang menanti di Gunung Semanggol.

1971

Pada tahun ini aku di tempatkan d darjah 3A. Guru ku adalah Mr. Siva Subramaniam. Sekarang ini adalah dato dan orang kuat dalam persatuan. Tahun ini memberi banyak kenangan dalam hidup ku. Aku ingat lagi pada masa ini Mohd Ali adalah peminat kami. Boleh di katakan setiap kali pertandingan tinju murid murid d benarkan melihat siaran langsung pertandingan tersebut. Sejarah pada tahun ini adalah di mana arwah nenek ku pernah datang ke sekolah membeli mee goreng bungkus menaiki bas dari Gunung Semanggol. Ini lah pengorbanan seorang nenek kepada cicit nya yang tak pernah ku lupakan. Guru ku Mr. Siva Subramaniam menaiki basikal Raleigh ke sekolah. Aku masih ingat basikal nya yang ada bag kulit kecil dibahagian belakang basikal apabila beliau menunggang. Aku duduk di sebelah seorang cina yang pandai dalam kelas pada masa ini. Nam nya adalah Wong Hin Seng. Aku banyak belajar matematik dari nya. Dia pandai dan kekadang aku meniru kerja sekolah nya. Aku kekadang hairan juga kenapa budak ini pandai sangat. Mungkin juga mereka belajar bersungguh sungguh.

1972

Pada tahun ini aku di tempatkan di Darjah 4A. Guru kelas ku adalah Cikgu Suhaimi bin Alang Endut. Tidak banyak kenangan yang ku ingat pada tahun ini. Tetapi pada tahun ini teringat seorang budak yang cukup nakal dalam kelas iaitu Raja Omar Ikram. Beliau pandai bermain bolasepak. Dia adalah rakan ku yang baik sehingga ini dan kami merupakan kawan dari darjah satu sampai tua. Raja Omar menaiki bas ke sekolah dari Bkt Gantang. Tak silap nama tuan punya bas adalah Kamaruddin. Ketika pulang dari sekolah kami selalu makan bersama di “hawkers” luar sekolah. Makanan kegemaran kami pada masa ini adalah roti di sapu dengan ais kerim dan rojak. Kadang Kadang kami di beri pilehan untuk menikam jarum pusingan bagi mendapat ais kerim yang lebih. Kalau jarum pusingan kena kepada 2 maka beruntung lah kami dapat 2 ais kerim. Apeg yang menjual ais kerim pada masa ini yang aku masih ingat bahasa nya adalah lai lai lai. Dailog ini masih ku ingat hingga sekarang. Apabila pulang, sementara menati bas sekolah kekadang kami bermain longkang di depan sekolah. Dzulyadid kawan sekampung ku selalu bermain kaca syringe yang di jumpai dalam longkang tersebut. Air nya jernih dan kekadang kaki luka akibat terpijak kaca.


1973

Aku di tempatkan di kelas 5 A. Nama guruku adalah Mr. Lee Tat Choy. Beliau adalah guru yang melatih pemain pemain bolasepak sekolah. Kelas ku pada masa ini adalah di tingkat atas. Aneh nya pada masa ini di SRKE VII ( 1 ) ialah lebah akan buat sarang di belakang kelas. Memang besar sarang nya dan banyak pulak tu. Kekadang murid murid akan bertempiaran lari apabila sarang lebah di ganggu. Ada juga yang nakal membawa lastik ke sekolah untuk melastik lebah tersebut. Pada waktu rehat kami bermain cekak tangan atas akar pokok sena. Itu lah nama game nya. Kalau nak tau kena tanya budak KE Primary depa tau. Sesiapa yang jatuh dari atas pokok sena di kira kalah. Aku ingat ada dua orang budak yang kuat pada masa itu. Mereka adalah Yusuf dan Junid. Ada sorang cina yang kuat pada masa itu. Nama nya Lim Teck Kwang. Mana pi pun tak tau. Tapi aku masih ingat kawan kawan ku yang berbangsa lain tapi baik. Antara nya, Long Tan Hian, Saw Choo Beng, Chong Seep Hon, K.Pathmanathan, Wong Hing Seng, Ong Weng Seng, Paramjit Sing. Mereka yang terlibat dalam permainan bolasepak pada masa ini akan berlatih di sebelah petang tanpa menghadiri kelas. Best nya. Pemain bolasepak pada masa ini hanya berkaki ayam dan menggunakan ankle guard. Pada tahun ini juga ada seorang guru yang telah merotan aku hingga parut di betis aku. Padahal aku tidak bersalah. beliau hanya menuduh ku. Aku masih ingat beliau adalah Cik Gu Yuzair yang tinggal di Taiping. Allah saja yang tahu kebenaran nya. Teringat juga kepada seoarang kawan masa ini ialah Iqbal. Beliau suka bermain meriam buluh. Oleh kerana stok buluh tiada di Taiping, maka beliau datang ke kampung ku untuk mencari buluh di buat meriam sempena menyambut idil fitri. Aku pun membawa beliau ke rumpun buluh Mak Limah di belakang rumah. Dapat lah dia tiga batang untuk di bawa balik. Beliau membungkus nya dengan surat khabar dan naik bas merah untuk pulang ke Taiping. Arwah tok ku, Selamah bte Yahya, membantu nya untuk membungkus meriam tersebut. Itu lah kisah nya kawan ku bernama iqbal ini. Dalam kelas ku ada dua iqbal. Seorang lagi di gelar Iqbal peacock yang rambut nya menjulai. Entah di mana pun tak tau dia sekarang. Terputus hubungan. Semasa persembahan pentas, aku selalu mengambil bahagian kerna teater adalah minat ku. Cerita pertama aku pernah lakonkan adalah orang tua sakti. Mereka yang pernah berlakon dengan aku waktu di sekolah akan ingat cerita ini. Selain dari itu ada juga cerita cerita gangster yang aku menjadi watak utama.


1974

Aku di tempatkan di kelas 6A. Guru ku adalah Syed Mustapanin. Setiap hari dia membawa kereta Volkswagen ke sekolah. Pada tahun ini juga aku mewakili sekolah menjadi Qari bersama kawan ku, Khairuddin Kamis, dari Trong. Ustaz yang mengajar taranum dll adalah Ustaz Adanan. Kami meawkili sekolah hingga ke Batu Kurau. Ini lah pengalaman ku. Setiap hari aku ke sekolah membawa nasi lemak di bungkus daun pisang. Oleh kerana banyak permintaan, maka arwah tok aku membuat lebih. Aku dapat menjual nya dalam kelas. Bag sekolah aku pada masa ini di penuhi nasi lemak. Memang sedap nasi lemak tok aku. Setiba di kelas, aku terus menjual nya dan aku dapat banyak syiling pada masa tu. Duit syiling aku simpan di dalam poket. Bagi mengelak dari duit syiling jatuh, aku mengikat nya dengan getah kot dalam seluar. Kekadang banyak hingga seluar ku terlondeh. Makna nya aku dah bermula berniaga ketika darjah 6. Kekadang bila musim jambu aku akan membawa nya untuk di jual dala kelas. Pernah satu hari guru besar, Mr Oay Hoi Yam masuk ke kelas aku memberi amaran supaya tidak menjual nasi lemak kerana orang kantin komplen. Apa lah tidak nya, nasi lemak di kantin tak laku di buat nya. Pada tahun ini juga aku akan berpisah dengan kawan kawan ku yang akan pergi ke sekolah menengah. Aku masih ingat kawan kawan ku pada tahun ini, antara nya Abu Hassan, Zainal Azman, Paramjit Sing, K. Pathmanathan, Aziz, Samsokmar, Mokhtar, Azhar Abd Wahab Fenner, Abd Haris Nasution, Ahmad Rantung Ali, Rosmainor Osman, Redzuan Zainuddin, Khusaini dll ada lagi.

1975

Pada tahun ini aku telah mula melangkah kaki ku ke Sekolah Menegah King Edward VII. Aku telah di tempatkan di Tingkatan 1 A4. Nama guru ku adalah Mr. Chuah Lai Poh. Aku naik bas Ah Siaa dari Gunung Semanggol ke Taiping. Sekarang Ah Sia buka kedai minyak Caltex di Spg Tiga Selinsing. Pengalaman di sekolah menengah berbeza kerana seluar nya sudah bertukar warna. Kalau semasa sekolah rendah seluar pendek bewarna biru, tapi kini seluar pendek bewarna putih. Buku nya pun banyak berbeza. Apa yang menarik tahun ini adalah aku membawa bekal nasi setiap hari. Ketika masa rehat, aku mencari gang aku untuk makan bekal bersama sama. Memang sedap makan di kongsi macam macam lauk ada.






Wednesday, June 10, 2009

GOLDEN ARAWANA FROM SEMANGGOL


Ikan kelisa merupakan ikan yang mahal harga nya. Banyak investment di buat dalam kawasan gunung semanggol. Aktiviti pertanian ini telah banyak melahirkan jutawan di Gunung Semanggol. Mereka tidak mahu lagi buat bendang kerana hasil nya tak setimpal dengan aktiviti pekerjaan yang di lakukan. Pada mereka yang berminat untuk membeli ikan ini atau melabur dalam industri boleh lah menghubungi saya d email. Awas berhati hati agar tidak di tipu. Saya sedia membantu untuk menjadi juru perunding.

BERCUTI D KL











Diana posing dalam lrt ke KLIa















Menanti tren ke KL Central













Posing di Legend Hotel













Posing di MC Donald The Mall

Sunday, June 7, 2009

BERCUTI D KL


Percutian pada kali ni menarik kerana dah hampir setahun lebih mereka tidak datang KL. Kudin pada kali ini datang KL sbg seorang blogger. Malam ni kami lepak kat STARBUCK depan legend sambil minum dan surf. Ini merupakan antara spot ku yang menarik d KL untuk berjumpa kawan kawan di KL. Selamat menghadapi UPSR KUDIN...............

Saturday, June 6, 2009

KUDIN DAN MAMA KAT AIRPORT




SAMBIL SURF SEMENTARA TUNGGU FLIGHT MH 1143 KE KL JAM 10.45 PG

IPAH N KUDIN





MAKAN AIS KACANG

SYUHADA POSING




SYUHADA KENYANG MAKAN KEPALA IKAN.

BERCUTI D PULAU MUTIARA




IPAH, KAYMEE, KUDIN N SYUHADA SEDANG MAKAN DI RESTORAN NASI KANDAR KAYU, PENANG. MAKAN KARI KEPALA IKAN.