Thursday, May 27, 2010

PESANAN DARI DR FADZILAH KAMSAH

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Saturday, May 22, 2010

AYAT – AYAT UMUM BAHASA ARAB

Sejahtera ke atas anda Assalamualaikum
Selamat datang Ahlan wa sahlan
Selamat datang buat anda Ahlan bik
Dengan suka cita Bikullis surur
Awak apa khabar? Anta, khaifahaluk?
Baik, terima kasih Toyyib, syukran
Selamat pagi Sobahul khair
Selamat pagi Sobahun nur
Selamat pagi Sobahul ful
Selamat pagi Sobahus surur
Bagaimana keadaan awak pagi ni? Kaifa asbahtum?
Selamat datang (dengan gembira) Birrahbi wassurur
Selamat petang Masa ul khair
Selamat petang Masa un nur
Selamat malam Tusbihu ‘alal khair
Bagaimana keadaan awak petang ini? Khaifa amsaitum?
Silakan semua Tafaddalu
Saya harap Arju
Kami baik dan sihat Nahnu bikhair walhamdulillah
Dari mana awak datang? Min aina jik ta?
Awak dari mana? Min aina anta?
Silakan masuk, saudara Ya akhi, ud khul
Silakan minum Tafaddal, isyrab
Berapa umur awak? Kam umruk?
Terima kasih Syukran
Terima kasih kepada anda Asy kurukum
Terima kasih atas pertolongan anda Syukran li musa ‘adatik
Terima kasih banyak Syukran jazilan
Terima kasih banyak Syukran khatira
Terima kasih untukmu Asy syukru lak
Semoga Allah membalas kebaikkanmu Jazakallahu khaira
Ya Na’am
Ya, benar Na’am, sohih
Baiklah Hasanan
Tidak La
Tidak, salah La, khoto’
Awak tahu atau tidak? Anta ta’rif am la’?
Awak pintar Anta syatir
Awak semua faham? Hal antum tafhamun?
Adakah awak tahu? A ta’rif?
Ya, kami tahu Na’am, na’rif
Berhenti semua Kifu
Sudah lama awak tidak meziarahi saya Ma zur tani min zaman
Saya juga demikian Wa ana kazalik
Dimana rumah awak? Aina baituk?
Wahai anak Aiyuhal walad
Berapa harganya? Kam si’ruhu?
Lihatlah Unzur
Maaf Ma’zirah
Akur Sam’an wa to’atan
Tidak mengapa La ba’ sa alaik
Tiada apa-apa La syaik alaik
Saya tidak bermaksud Laisa min qasdi
Saya meminta maaf Ana aasif
Mari ke sini Ta’al indi
Saya lupa Ana Nasit
Saya akan hubungi awak Sa attasil bik
Tunggu sebentar Intazir lahzah
Saya tidak boleh La aqdar
Saya hadir Ana hadir
Saya tidak hadir Ana ghaib
Awak rajin Anta nasyit
Ulang sekali lagi Raddid marratan ukhra
Cepat! Bi sur ’ah
Sangat cantik Jamilatun jiddan
Sangat besar Kabiratun jiddan
Awak lewat Anta muta akhhir
Saya sakit Ana marid
Saya gembira sangat Ana farhan jiddan
Saya takut sangat Ana khaif jiddan
Saya lapar Ana jau ‘an
Saya kenyang Ana syab ‘an
Ajarkan saya ‘Allim ni
Boleh saya Hal mumkin
Bertenang Ihda’
Selamat tinggal Wada ‘an
Selamat tinggal Ilal liqa’
Semoga dalam keamanan Fi amaillah
Samoga Allah menyembuhkan awak Allah yushfik
Apa yang awak rasa Maza tash ‘ur
Awak telah mengingatkan saya Zakkar tani
Adakah ini betul? A haza sohih?
Sangat menarik Mumti ‘atun jiddan
Menakjubkan Ajib
Bersabarlah Isbir
Tawakklah kepada Allah Tawwakkal ‘alallah
Rahmatilah kami Irhamna
Tolonglah kami Sa ‘idu na
Selamatkanlah kami Qi na
Ambil ini Huz haza
Tinggalkannya Utruk hu
Cuba Jarrib
Sebelum Qabla
Selepas Ba’ da
Minggu ini Hazal usbu’
Minggu hadapan Usbu ‘ul qaadim
Saya sangat memerlukannya Ahtaju ilaihi jidaan
Saya hendak pergi Uriduz zahab
Saya hendak belajar Uridut ta’alum
Saya rindukan awak Ana musytaqun ilaik
Saya cintakan awak Ana uhibbuk

Friday, May 14, 2010

Pesanan Dari Kawan Ku Seorang Penagih Dadah yang Telah pulih

salam min,

Kepulihan - bukan senang nak lakukan kalau penagih dadah tak memahami masaalah sebenar diri sendiri dan juga, kepulihan adalah ilmu, macam dulu, hisap dadah juga kena belajar dari satu peringkat ke satu peringkat ...

aku selalu share 4 perkara tunjang dalam sesi / ceramah, bersama penagih2 dadah dlm rawatan di PUSPEN AADK & kumpulan2 Police Supervision - PCO 2 - buang daerah, di seluruh negara ...

antaranya ....

1. JASMANI - kena masuk balik dalam sistem fitrah hidup
siang kerja, malam tidur - kesihatan penting kerana kekuatan perlu ada semasa kepulihan awal ...
secara perlahan lahan kena tukar gaya hidup .... one day at a time .
Kepulihan tidak berlaku dalam masa yg singkat ...

2. EMOSI - skill pengurusan hidup mengenai perasaan sgt penting,
EQ, IQ & segala, kena belajar terutama pengurusan perasaan marah, apabila ada rejection, kecewa dsb .... kenali kehendak & keperluan ... keperluan didahulukan ...
keutamaan hidup bekas penagih adalah RECOVERY .... pada setiap saat ...

3. ROHANI - rukun iman, rukun islam wajib patuhi ... kena
ikhlas bertaubat ... solat 5 waktu jika dijaga, insyallah, tenang. perhubungan dgn allah pd setiap masa ... wajib dijaga ...

4. SAHSIAH - Keluaga & komuniti penting ... recovery ni mustahil boleh buat sorang sorang, kena cari kawan yg memahami
ada banyak kumpulan sokong bantu, kita kena join ... macam pengasih, pendamai m'sia atau narcotics anonymous group ...

Aku dah 13 tahun tak miss solat 5 waktu, puasa, selalu bangun tengah malam buat solat sunat, hajat, tahajut atau solat taubat ...

selalu hadir ( sebagai bekas penagih biasa ) di perjumpaan sokong bantu dimana mana pun, untuk own recovery walau pun aku facilitator atau pogrammer ... untuk diri sendiri, aku masih kena belajar ... 13 tahun aku baru dapat 10% sahaja ...

walau pun KDN kata aku pakar hal recovery ni ... kepulihan adalah bidang aku, aku tak berani cakap besar ... kena selalu rendah diri, terutama dgn rakan2 senasib ...

13 tahun juga aku tak sentuh apa pun dadah, tak minum arak walau pun satu titik ... panadol, ubat batuk pun aku tak sentuh kalau sakit, ada cara lain spt akar2 kayu, makjun atau asam jawa kalau batuk .... sebenarnya, orang2 sekeliling nampak macam senang ja ... hakikatnya pada setiap waktu aku berlawan & berperang dgn nafsu aku sendiri ... setiap masa aku kawal perasaan, setiap masa aku kena kawal kehendak gila yg setiap masa ada dalam diri ....

inilah cara aku ... setiap saat bersyukur sebab semua kawan2 aku di kg baru, keramat, kg pandan, bkt bintang yg tinggal masih hidup boleh kira dgn jari ... yg hidup pun ramai yg sakit macam2 ....

aku bersyukur kerana allah bagi hidayah & aku di kalangan yg allah pilih untuk hidayah nya selepas 22 tahun hisap fit & semua benda boleh steam , tolak batu/ kayu ...

Aku di FaceBook tak sama dgn realiti hidup sebenar ... FB ni aku jadikan medium aku isi masa lapang ... otak aku tak sama dgn orang normal ... macam orang gila ... hahahahahahahaaaa

Aku tak keluar rumah tanpa alasan yg munasabah ... bagi aku rumah dan masjid / surau , adalah kubu, perisai kepulihan aku ...
Kawan2 penting ... apa lagi yg tahu keadaan aku dulu ... selain dari kawan2 aku dalam NGO & support group ...

Aku bersyukur kpd Allah kerana jodohkan aku dgn isteri yg boleh terima aku seadanya dan dia memahami aku pernah jadi macam orang gila dulu ... 22 tahun hidup khayal ...

hang pesan kat bebudak yg hang kenai ... print ni bagi depa baca & soh depa buat keputusan ...

kalau aku yg pernah hisap, cucuk dadah heroin, candu, ice, pill kuda, psukotropik pill, sampai tak ingat dunia, hari ini boleh kawal, depa pun mesti boleh ... aku bukan ada ilmu apa pun ... aku penagih hard core xxx dulu ... 22 tahun tak balik kg jumpa mak ayah ...

langkah pertama, cuma satu ja .... belajar mendengar !
kedua ... buat keputusan ...

dino kg baru kl - salam