Abd Muhaimin Abd Rahman Nazri
Blog tentang kehidupan dan peribadi ku. Mungkin ada bloggers yang punya minat yang sama. Let's link......
Sunday, July 19, 2009
MINUM TEH DENGAN MEMBER GEWANG LAMA
Pa haron bomba member lama ku gewang, punya banyak pengalaman mendapat ikan haruan di seluruh Bagan Serai
Mat Rodi Che Pa, atau lebih di kenali Badol, juga merupakan rakan sepegewangan ku. Ada yang menggelar beliau ini adalah anak murid pak haron. Aku juga punya banyak sejarah dengan beliau. Dah lama aku tidak berjumpa mereka. Apabila terjumpa banyak nostalgia yang sentiasa bermain dalam perbualan kami. Terkenang kepada member member lama seperti Allahyarham Azmi Mat Nayan. Kawan kami yang cukup baik dan rapat. Badol sentiasa ingatkan beliau sehinggakan merasakan arwah masih ada dalam dunia pengewangan. Apapun aku tetap menyimpan kenangan bersama badol dan pak haron dalam perjalanan gewang ikan haruan ini.
Saya di lahirkan di gunung semanggol, perak darul ridzuan. Telah berkahwin dan mempunyai 6 orang cahaya mata. Minat yang mendalam terhadap politik telah membawa diri saya menceburi bidang tersebut. Aktif bermula tahun 1992. Dengan jawatan su pemuda umno bahagian, ketua pemuda umno bahagian, ketua penerangan umno bahagian. Telah bertanding pada pilihanraya tahun 2004 mengalahkan pas. menjadi ADUN Gunung Semanggol dari tahun 2004-2008. Kalah pada PRU 12. Kini hanya melihat pergolakan politik dari luar. Banyak masa di ambil dengan kegiatan lasak dan aktiviti luar. anatara nya memburu dan memancing. Kedua nya agak signifikan dengan dunia politik yang memerlukan " art of war "
No comments:
Post a Comment