Thursday, December 17, 2009

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak…Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di dunia dan di akhirat kelak.

Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yang mempunyai “rahim” kerana dia “bekerja” dengan Allah...Dia jadi 'kilang ' membuat manusia.

Atas sifat itu Allah memberi tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tidak wajib sembahyang…tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Bila sudah bersalin, susukanlah anak...jangn takut "kendur" atau menggelebeh pulak..

Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Tapi bila sudah habis cuti tu..layan lah suami dengan penuh ikhlas dan kasih sayang.

Nabi SAW pernah bersabda : Berjimak dengan isteri itu pahala...

Seorang lelaki tidak ada cuti dari sembahyang.. ..sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
nyawanya..

Seperkara lagi…Sepanjang seorang wanita mengandung…Allah sentiasa mengampunkan dosanya…Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Allah beri kepada wanita…jadi kenapa perlu takut untuk beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami …seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala…tetapi dosa-dosa suami isteri tidak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya “termengah-mengah” di titian Siratul dia tidak mahu masuk syuga tanpa suaminya…jadi dia pun memberi pahalanya kepada si suami untuk lepas sama-sama masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu apatah lagi di akhirat.

Di dunia suami mempunyai tugas-tugas berat didalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tidak dididik dengan sempurna …suami akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Ses ungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu (lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

"Wahai Tuhan... aku tak layak ke syurgaMu ...namun tidak pula aku sanggup ke nerakaMu...kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah...
Jadikanlah kami hamba-hamba Mu yang bertaqwa .. ampunkan dosa-dosa kami, dosa kedua ibu-bapa kami, dosa semua umat Islam yang masih hidup mahupun yang telah kembali lebih awal dari kami…."......

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah. Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah neraca, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.

Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini: "Laa ilaaha illallah!" sebanyak yang mungkin dan sekerap yang boleh….dan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431…Salam dari saya dan keluarga…..

No comments:

Post a Comment