Wednesday, February 10, 2010

Luahan Mama

Kesal


Aku kesal
melihat gunung ditarah
bukit dipugar
pembangunan disasar
dan ..setelah itu
ada yang tertimbus
jadi mangsa tanah runtuh..

kemudiannya...
naik turun mahkamah
mencari siapa yang salah..
Tudinglah jari ke diri sendiri
kononnya mahu reputasi
beli rumah di tempat tinggi..

Aku kesal
sampah sarap menyekat
perjalanan sungai dan terusan
maka banjir menjadi beban
Adakah ini hukuman Tuhan?

Aku lihat
puntung rokok bertaburan
di simpang jalan..
dinding dan tiang penuh tampalan
iklan jualan dan contengan lukisan
lift bangunan..
jadi tempat melakar cinta
jadi tempat mencarut juga..

Tidakkah anak-anak bangsaku
mahu menjadi warga bermutu
majukan dirimu
waraskan fikiranmu

fikirkanlah
jangan kempunan nanti...
bangsamu
merintih di tanahair sendiri
merdeka tapi masih dijajah lagi
dirimu sendiri..
zuriatmu semua
masih mundur ditahap lama ..



Dasima...10/2/10..

No comments:

Post a Comment