Thursday, February 25, 2010

Subject: DOA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL.

DOA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL.

Segala puji bagi Allah tuhan pentadbir seluruh alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W, ke atas keluarga dan sahabat baginda.

Ya Allah ya Tuhan, di hari yang barakah ini kami zahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas segala anugerah-Mu kepada kami seluruhnya. Lantaran itu ya Allah jadikanlah kami semua sebagai hamba-Mu yang beriman, yang bertaqwa, yang berilmu, yang berakhlak mulia, yang sejahtera di dunia dan di akhirat.

Ya Allah ya Tuhan kami, sempena majlis sambutan Maulidur Rasul ini, kami memohon keampunan atas segala dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami dan seluruh kaum muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah kembali kepada-Mu ya Allah.

Kami jua memohon restu dan rahmat –Mu sempena sambutan Maulidur Rasul ini, semoga Engkau ya Allah memberi hidayah dan petunjuk kepada hati-hati kami, Engkau memperkukuhkan perpaduan kami, Engkau menjamin rezeki kami, Engkau memberi kekuatan serta semangat yang tinggi kepada kami, dorongkanlah kami ke arah melaksanakan kebaikan dan amal soleh serta kami memohon dipanjangkan usia diliputi dengan sihat wal-afiat memerintah negara kami yang tercinta ini.

Kami pohonkan juga ya Allah keselamatan dan kesejahteraan keamanan kemakmuran dan keberkatan negara kami yang dikasihi, rakyatnya sejahtera sentosa, agama-Mu terus terpelihara dan maju jaya dibawah pemerintahan pemimpin kami
--------------------

Wednesday, February 10, 2010

Luahan Mama

Kesal


Aku kesal
melihat gunung ditarah
bukit dipugar
pembangunan disasar
dan ..setelah itu
ada yang tertimbus
jadi mangsa tanah runtuh..

kemudiannya...
naik turun mahkamah
mencari siapa yang salah..
Tudinglah jari ke diri sendiri
kononnya mahu reputasi
beli rumah di tempat tinggi..

Aku kesal
sampah sarap menyekat
perjalanan sungai dan terusan
maka banjir menjadi beban
Adakah ini hukuman Tuhan?

Aku lihat
puntung rokok bertaburan
di simpang jalan..
dinding dan tiang penuh tampalan
iklan jualan dan contengan lukisan
lift bangunan..
jadi tempat melakar cinta
jadi tempat mencarut juga..

Tidakkah anak-anak bangsaku
mahu menjadi warga bermutu
majukan dirimu
waraskan fikiranmu

fikirkanlah
jangan kempunan nanti...
bangsamu
merintih di tanahair sendiri
merdeka tapi masih dijajah lagi
dirimu sendiri..
zuriatmu semua
masih mundur ditahap lama ..



Dasima...10/2/10..

Tuesday, February 9, 2010

Secebis Dari MAMA

Impian Bertatih sepanjang Hidup....

Aku idam impian yang nyata,
Lenyap dalam bayangan kabus yang tiba,
Kekadang, impian ini membuai rasa,
dan...aku tetap terus mengharap semula...

Aku berdoa ...berdoa siang dan malam,
Bukan semua hasrat hati kesampaian,
Namun, aku sentiasa dinaungi sifat kesabaran,
Banyak juga aku dilimpah kemewahan,
dan...merangsang aku berdoa berterusan...

Aku tabur banih-benih semaian,
Banyak yang lenyap, dimakan unggas berterbangan,
Namun, aku lihat ada yang tumbuh, menghijau tinggi
dan...ini ,yang mendorong aku, menabur lagi...

Aku sayangi semua rakan dan taulan,
walau, mereka tidak melihat, aku menangis keseorangan,
Namun, ramai juga, yang masih ingat padaku,
dan...sentiasa aku, terus mendapat teman baru...

Aku hidup lama mengharung kesulitan,
Ada juga ,ranjau yang dapat aku langkaukan
Namun, susah dan senang, datang dan pergi
dan...mengingatkan aku, sentiasa bersyukur kepada Illahi..


Dasima
Teratak Semanggol.. Selepas Isyak 9.2.10

Friday, February 5, 2010

Tumbuh berpunca,
Punca penuh rahsia,
Tajam tidak menikam lawan,
Tegak tidak memaut kawan,
tapi berlegar penuh mesra.

Ini falsafah Melayu dalam memperkatakan etika seni ukiran kayu Melayu Tradisional. Sekadar buat renungan untuk kita semua, dan boleh dijadikan pegangan hidup seharian. Lembut, mesra dan jatidiri yg mantap tanpa memperlekehkan saudara sebangsa dan seagama.

BUAT KAWAN KAWAN KU

DARI SEORANG LELAKI
Yang pompuan udah kawen tu ..hehehe pass pass kat hubby u all


teringat pasal satu story...seorang lelaki balik rumah...dia jadi hairan
giler..halaman rumah berselerak.. surat di peti pos tak berambil,anak- anak
tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang camping, penuh dengan
tanah dan kotoran rambut tak bersikat, tak bermandi,;;; masuk ke pintu
rumah, lagi lelaki tu terkejut...ruang tamu lagi teruk berselerak lelaki itu
melaung nama isterinya... .sepi tiada jawapan masuk ke dapur..sinki penuh
dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh,periuk tidak bercuci.
mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak masuk ke
bilik air, baju masih belum berbasuh,apatah lagi berendam .lelaki itu cemas
mencari isterinya..dia bergegas ke tingkat atas, melihat isterinya terbaring
di atas katil sedang membaca buku.."awak sakit ke?"..tanya lelaki itu.. "tak
lah", jawab isterinya ringkas "kenapa teruk sangat rumah kita hari ni",
tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot
isterinya demam... balas isterinya "wahai suamiku, semalam semasa kita
bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk
di rumah tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering
menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya
merungut kepenatan kadang-kadang. ....NAH, HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN
KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI.......

"Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel,merengek atau
mengilai seperti pontianak . Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus
melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan...

Best baca sampai abis!!!. It's true. To share..Dari Ilham seorang lelaki..

As for me is different, if my wife is not at home, rumah boleh jadik
porak peranda. Memang true, jika isteri ada dirumah, kepala slalu
pening.Pantang kalau isteri ada kat rumah and i'm off duty, sure at times
boleh membuat kepala berserabut. Kalau madam takde kat rumah, alangkah
tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh belengkar kat
depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal. Pendek
kata,FreeeDoMmmmmla h!!

But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning "She's Gone",aku
pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk, no once shouting
from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to
criticise. Everything will be smooth... Tapi, masuk hari ketiga, I felt
something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau
'assshheemmmm' , tak tahu mana nak carik yang baru. Colgate gigi dah
abis,tak tahu kat mana dia stock up. Air suam dah abis, malas nak
boil...Masuk hari ke-4, rindu mula terasa. Eventhough kat office, ramai yang
cun melecun,wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga yang
mengetuk pintu hati. Memang lah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile
yang ikhlas,forever melekat kat hati and sukar ada pengganti. Apabila rindu
mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pun jadik tak
best.

Nasik bungkus faberite jadik tak faberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa
cam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin
bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah abis utk dipakai.

Toilet dah mula licin berdaki...lantai dah berbelak, tak dimop...Everynite,
very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly... bila lonely
gini, baru lah rasa benar kesepian. Jangan kata sebulan atau
setahun....belum seminggu isteri takde kat rumah, aku dah terasa separuh
pengsan.

Bila bersendirian begini,dan terasa malam begitu dingin, barulah kita sedar
betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri...begitulah isteri kita rasa
bila kita tinggalkan dia sendiri malam2 agaknya ya..

So guys out there... jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buat
kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dorang
ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren
kita,sweetheart kita... Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah
dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!!

And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja
rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling
terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah
ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumah lagi...penat tau!!
Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita...tak rela!!!

So to all mums and wives out there... life will be meaningless without you .

Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anak sekarang,tetapi
when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba tidak kena!Usahkan
seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup bagaikan dah tak
bermakna.Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak
HAPPINESS!!!

Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she's around, for sure
24hours tak habis-habis berleter.... pottttt peeettt pooott peettttt,boleh
pecah eardrums. And if mak menjerit, boleh bergegar isi perut. Silap gaya ,
tingkap pun boleh tercabut...
And if mak takde, BangZaiiiiii! !! MerdeKa!!!FreeDoMmm mmm! !! Can do
whatever!!! Boleh main bleyblade sampai senja, boleh tido rumah kawan,boleh
chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh bergayut kat talipon
ngan "dear" sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng solat!!

But, the happiness does not long last. Masuk hari ke-2 dah terasa
kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah jadik
sesepi-sepinya cam "haunted village". Pada ketika itulah baru kita sedar
bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri rumah.Tanpa
leteran itu, semunya seperti MATI... Without mum, hidup ni tak ada cabaran,
not challenging, no suspense. Balik kul braper pun, takde orang nak
membebel, takde orang nak pulas telinga. Our life graph becomes very the
monotenous,then we realised, jari jemari mak yang suka cubit dah memiat
telinga rupanya menjadikan hidup lebih bermakna. Pendek kata, biarlah mak
membebel sepanjang hari. Biarlah dia menjentik telinga. Tanpanya, hidup
tidak berseri dan tak bererti.
Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our life!!
Sekian terima kasih.